CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 3, 2015

Muncul Kembali!!

As Salam semua..

First thing first eh..after almost a year tak update (im not really sure its been a year..mybe more).

1. My Engagement!!!!!
Alhamdulillah..everything went very well..really well actually...want to see some pics??? Ok here we are....!!! My hepy moments

Taraaaaa!!!😄😄😄
Haaa nak tgk x jejaka bertuah tu???
Ok ni la die insan yang sangat bertuah..haha actually im the one yg bertuah to be with him...why why Why let it be my secret eh...😄

Ape yang nak dsampaikan ialah its not about the majlis..coz majlis i sangat simple..yang penting barakahnye tewww...one step closer..semoga ikatan ini kekal hingga jinjang pelamin..😘 amin...

Saturday, May 4, 2013

Where Do I Begin

Where do i begin..such a long story act..memandangkan i dh lame xupdate..bkan sengaja eh..kenkadang rse nak update tpi tetibe my minds goes blank..pufff ilang idea..hihi emm.. sjak beberapa blan ni byk yg brlaku.. the best moment, i've got the job!!yeay!! Hepy mmg la hepy tpi die pnye panik, nauzubillah.. dgn rumah xd..its so sudden tau..pagi jumaat yg hening tu gi intrview kat cs..kononnye la..pastu ptg tu dapat call dr kpdnkk jb..tnye nak kje x (kak aisyah)..of coz la nak kan..giler ko tanak!hihi alhamdulillah jugak ari jumaat 1feb my first day..berkat ari jumaat..:) everythng hppen ari jumaat..so, the time goes by... now..ok la, with work, life,fren, n everything..   emmm..lgi ap ek..(thinking) oh no,no,no..rse cam a lot nak story tpi skang ni mcm dh xd..huhu (see ive told u, kjap jek dh blank)..ok,never mind la..nnt i update lagi k..see u soon!!! Xoxo

Wednesday, November 28, 2012

Dah lame xupdate..!!

Hmmm...Dah lame btol rser nye x update blog...ni sume gara- gara masalah teknikal yg smpai skang xde jalan penyelesaian..huhu... Tapi xpe la..tulis la jugak walaupun sket..sesape yg tau cmne nak wat ngan button 'share fb' wjud sampai dua..dah le tuu...terabur sane sini..cmne ntah...tension tengokkn..xcantek dh blog kitee..huhuhu sesape yg tau..tolong la bgtau care nyee...


Friday, September 14, 2012

~Syukur Alhamdulillah~


Assalammualaikum...
Setelah lame xde entri baru..:)

Hari ni kita cerita pulak tentang ‘bersyukur’ sebagai ingatan untuk kita semua…

Gratitude, thankfulness, gratefulness, or appreciation is a feeling, emotion or attitude in acknowledgment of a benefit that one has received or will receive (copy paste- Wikipedia).. Tau tak yang Bersyukur kepada Allah adalah salah satu konsep yang secara prinsip ditegaskan di dalam Al-Qur'an pada hampir 70 ayat ? Pentingkan….

senangla cakap..tapi nak buat nya…emm…Perasan tak kita selalu mengeluh mcm ni:

1- kenapa la org lain berjaya, aku?
2- bila la aku dapat pakai I phone..org pkai phone sume canggih2..phone aku nie buat baling anjing, anjing pun leh koma…
3- Bestnya kalo dapat dduk dekat umah besar..(especially mser tgh tgk tv la kan)
4- Panasnya ari ni, kalau hujankan best..sejuk sikit..

Kita ni kalau part mengeluh, complain mmg laju jek keluar dari mulut..Tapi kita tak sedar apa yg kita ckap tu menandakan yg kita ni xbersyukur dgn nikmat yg Allah swt berikn. Allah swt. adalah pemberi rezeki. Salah satu nama Allah adalah al-Razzak… iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah swt.  untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah swt. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya….

# untuk ingatan kita bersama..

Saturday, February 11, 2012

Valentine


Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Wednesday, February 1, 2012

Tips Mengenali Perempuan...yeke??

Saje nak share..korang decide laaa..betol ke tak, setuju ke tak??...heeeee


1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang
yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima
mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan

4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari
ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah
bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah
. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan,
kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat  marah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Saturday, January 28, 2012

1Pokok1Keluarga

Haaa...slalu kter dgr 1malaysia kann..nie 1Pokok1Keluarga..merupakan program anjuran KEJORA di taman perumahan kami pagi tadi....

Program nie menyediakan 1pokok untuk satu keluarga jaga..tiap keluarga lain2 jenis pokoknya..(pokok disediakn) pepagi lagi sy n family dah brkumpul same2 ngn penduduk yg lain utk pndaftaran...(excited..hehehe) dapat bju free, wajib pakai bgi yg menanam...(nmpak cantik seragam sume)hehe air free, makanan free..pendek kata bwak badan jek la join..dekat kul 9 sampai vvip nya..program dmulakan dgn senam robik ( syok tgk datin seri chicken dance...sporting abeess)... pastu ucapan2..perasmian..then bru tanam pkok..





ok...yang kat atas ni la pkok (ank angkat) family sya...hehehe pokok mempelam..emmm,yummmyyy..bler la nk brbuah ni...Tapi mse nih xsmpat nak tgk, coz cik qiesya nk tdo...hehe lupe nk bgtau..pokok yg disediakn mcm2 jenis, manggis ade..petai pun ada taawww...bukan sejenis jek..(pasni adakan program 'pesta mkan buah' plak yee)..


haa...ni la 'hang kebun' family kmi..haha yg tgh control ensem pgang cangkul tu la adik sya..heee pasni keje die la memastikan 'adk angkat' die tu sihat...
Alhamdulillah xsmpai tghari program dh abis..pas siap tanam menanam nih peserta dijamu makan..kan best dduk kat taman perumahan yg cmni, byk event, byk program yg pnduduk leh join..hope pasni ada lgi program2 yg lbih gempak drpd nie...

p/s: -petang pulak mereka smbung rewang..sok ader mjlis kawin...(bgus betol...kmpung sape la nih...)
      - lagi gambar..di fb leee..