CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 19, 2011

Kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad saw...

Firman Allah swt kepada Nabi Muhammad saw : “Hai Muhammad, aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah aku berikan kepada sesiapapun dari umat yang lain sebelum mu iaitu :

Pertama : Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih  mulia daripada umatmu

Kedua   :  Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu beserta umatmu

Ketiga : Sesungguhnya aku tiada memberi umatmu banyak harta sebagaimana yang aku berikan kepada umat- umat sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka

Keempat : Sesungguhnya aku tiada memberi umatmu kekuatan dengan banyak nya harta dan anak pinak, sebagaimana yang aku berikan kepada umat- umat yang sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu.

Kelima :  Sesungguhnya aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa- dosa yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat- umat sebelum kamu.

Keenam :  Sesungguhnya aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya sebagaimana yang aku lakukan terhadap umat- umat sebelum kamu.

Ketujuh : Sesungguhnya umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan aku jadikan mereka umat yang terakhir di antara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah.

Kelapan : Sesungguhnya aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana aku telah dedahkan rahsia- rahsia umat- umat sebelum kamu serta berita- berita mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi nabi dan tiada Al- Quran sesudahmu..

~Buku 'Untaian Kisah Para Wali Allah'