Firman Allah swt kepada Nabi Muhammad saw : “Hai Muhammad, aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah aku berikan kepada sesiapapun dari umat yang lain sebelum mu iaitu :
Pertama : Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu
Kedua : Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu beserta umatmu
Ketiga : Sesungguhnya aku tiada memberi umatmu banyak harta sebagaimana yang aku berikan kepada umat- umat sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka
Keempat : Sesungguhnya aku tiada memberi umatmu kekuatan dengan banyak nya harta dan anak pinak, sebagaimana yang aku berikan kepada umat- umat yang sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu.
Kelima : Sesungguhnya aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa- dosa yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat- umat sebelum kamu.
Keenam : Sesungguhnya aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya sebagaimana yang aku lakukan terhadap umat- umat sebelum kamu.
Ketujuh : Sesungguhnya umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan aku jadikan mereka umat yang terakhir di antara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah.
Kelapan : Sesungguhnya aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana aku telah dedahkan rahsia- rahsia umat- umat sebelum kamu serta berita- berita mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi nabi dan tiada Al- Quran sesudahmu..
~Buku 'Untaian Kisah Para Wali Allah'



0 comments:
Post a Comment