CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 14, 2012

Keimanan belum sempurna jika sakiti jiran..

Dah lama tak tulis kat blog nie..tetiba hari ni nak tulis something called neighbor..sebelum tu biar sya trangkan maksud sebenar jiran dlam konteks Islam iaitu Jiran adalah orang yang tinggal dalam satu bangunan (blok), mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dan yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah daripada rumah kita...

sekarang ni, lagi2 kat taman perumahan teres (xsemua la kan...)yg mana mereka lebih kepada prinsip ' kau kau punye hal, aku aku punye hal'. Beza dengan prinsip org kampung yg lebih kepada kerjasama, ambil tahu, tolong menolong (kdg2 sampai terlebih concern plak kan...besela tu).

There are some article yg menarik perhatian sy utk tulis ttg kejiranan yg mana sekarang ni kebanyakan kita dah lupa dgn hakikat yang jiran sgt dititik berat kan dalam Islam..kita kalau boleh apa yang jiran buat semua kita nak tau, nak berlawan sesama jiran, hasad dengki, silap sikit..haa, jadilah kau topik umpatan...sedangkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh.” (Surah an-Nisa’, ayat 36..nmpak tu betapa pentingnya jiran..

Jadi apa kaitan jiran dgn keimanan? Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.” (Hadis riwayat Muslim)

haa..dah jelas dah kan betapa penting jiran bila dikaitkan dgn keimanan..secara logiknya pun dalam keadaan kecemasan siapa org pertama yg kita akn minta tlong kalau bukan jiran sebelah rumah kita atau yg terdekat kan..sempat ke kalau kita nak call sedara mara yg dok tempat len tu? kalau kebakaran nak tggu sedara mara jugak dtg tlong..sampai jek org tu awk dah jadi abu dah...

So, berbuat baik la pada jiran kita...jgn buruk sangka, ikhlas tolong menolong, jgn fitnah, jgn bukak aib jiran, jgn diumpat jiran...

p/s: Lepas baca post ni, jangan tanya 'jiran aku buat baik ke pada aku? tapi tanya la 'aku ni jiran yg baik ke?...sama2 la kita muhasabah diri


0 comments:

Post a Comment